Thursday, December 22, 2011

[&] The Story Goes.....

Salam...bertemu kembali....xnak mukadimah dah, kita terus dengan kisah Paramore keyh...hehe...

...cont.

Fueled By Ramen [FBR], sebenarnya adalah sebuah label yang memang menjadi pilihan Paramore tatkala mereka telah pun mula merakamkan beberapa buah lagu dan sememangnya FBR bagi mereka adalah label yang tepat untuk mempromosikan muzik mereka. Ini kerana, band kesayangan mereka Jimmy Eat World juga pernah bernaung di bawah label indipendent ini pada ketika itu. Mereka menghasilkan sebuah Demo dan menghantarnya ke FBR dan mereka sememangnya bertuah kerana CEO John Janick amat tertarik dengan muzik yang mereka hasilkan. Pada tahun 2005, Paramore secara rasminya menyertai FBR dan merancang untuk menerbitkan sebuah album pada tahun itu juga lalu terbitlah buah tangan pertama mereka iaitu 'All We Know Is Falling'.


ketika bersama Hunter Lamb dan Jason Bynum.

Tetapi mereka menerima berita yang tidak menggembirakan dimana Jeremy membuat keputusan untuk menarik diri atas sebab2 peribadi. Dengan tindakan Jeremy itu jugak, album All We Know Is Faling ini dijadikan tribute dan sebuah lagu bertajuk All We Know didedikasikan istimewa utk beliau. Dan sebab itu jugak kita boleh tgk foto2 promosi band mereka tanpa kelibat Jeremy. Mereka meneruskan perjuangan mereka mempromosikan album yang berkonsepkan emo/pop-punk ini dengan Tour. Hasil kerja keras mereka sehingga dapat berada di pentas besar seperti Shira Girl dan juga Volcom serta Hurley Stages telah menemukan mereka kembali dengan Jeremy yang pada ketika itu membuat keputusan untuk kembali menjadi sebahagian daripada Paramore. Oleh kerana mereka tidak mahu terlalu bergantung kepada media mainstream, mereka berusaha mengumpul peminat mereka sendiri melalui tour2 (persembahan live) dan mengadakan tour headline sendiri di tanah air mereka pada sekitar tahun 2006. "Band Baru Terbaik", pengiktirafan yang diterima mereka oleh majalah Kerrang! telah menaikkan lagi semangat mereka untuk menghasilkan lebih banyak material. Di samping mengadakan tour untuk album pertama mereka itu, mereka mula mengumpul material2 baru untuk dimuatkan dalam album mereka yang seterusnya.


album RIOT!


dari kiri Jeremy, Josh, Hayley dan Zac.


Pada tahun 2007, album kedua mereka yang diberi judul Riot! dihasilkan dan setelah diriliskan, album ini bagaikan satu fenomena apabila dengan pantas nama mereka merebak ke seluruh dunia termasuk di negara kita dan album ini menduduki tangga ke-20 dalam carta Billboard dimana rilisan kedua mereka ini terjual sebanyak 40,000 unit pada minggu pertama album ini diriliskan di negara mereka. Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh sebuah band. Boleh dikatakan album RIOT! ini juga banyak memberi perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka mula diberi perhatian oleh media mainstream. Single2 dari rilisan ini serta video muzik mereka kerap kali diputarkan di radio dan MTV. Hayley Williams, frontwoman mereka mula mendapat perhatian kerana vokalnya yang mantap serta imejnya yang trendy sekaligus memberi bayangan bahawa Hayley adalah Gwen Stefani [No Doubt] yang baru.

Oleh kerana media terlalu menumpukan Hayley seorang, band ini yang dilihat sangat kukuh akhirnya goyang tatkala mereka sedang mula mencipta gemilang melalui album yang diberi nama Riot ini dan sememangnya album ini memberi "riot" yang sebenar kepada Paramore, berlaku perselisihan faham antara anggota Paramore yang lain dengan gitaris utama mereka Josh Farro. Josh mendakwa media terlalu banyak memberi perhatian kepada Hayley seakan-akan anggota yang lain tidak wujud walhal Hayley sendiri sering mengenakan T-Shirt yang tertulis "Paramore is A Band" di beberapa show mereka. Walaubagaimanapun hubungan mereka masih boleh diselamatkan dan mereka masih dapat menghasilkan rilisan terbaru selepas mereka pulang ke kampung halaman mereka di Nashville, Tennessee.

Nak tahu kisah selanjutnya?ikuti entry akan datang...istimewa untuk peminat Paramore...!!!bye..





No comments:

Post a Comment