Sunday, March 18, 2012

This Is Me...(entry tanpa sekeping gambar pun):)

Assalamualikum n Salam Sejahtera guys..ditujukan kepada yang sudi view n baca blog aku sahaja salam itu..:)

beberapa perkara bermain kat minda aku sebenarnya, antaranya, korang mesti ckp...
1)"ape tah dia nih, menulis tah hapa2"...
2)"nak menulis ke xnak dia nih?lame2 skali baru masok entry"...
3)"xde idea dah mamat nih....."

hehe..tah la, adakah aku berfikiran -ve...?sebenarnya, aku menulis blog sebab aku nak menulis blog, bukan nak menjadi seperti orang lain nak being famous kerana blog2 mereka, masa aku mula2 create blog, masa tu dapat sokongan dan feedback yg bagus dari sorang "awek merangkap kwn baik" laa kahkahkah (bajettttt)...pastu tu aku terus mula minat nak menulis, tapi taktau plak nak create blog tentang apa...aku tanya pada diri aku, apa aku nak buat? aku refer blog orang lain...kebanyakan crita pasal diri sendiri...hari ni dia makan biskut meri, dia berjalan2 tepi pantai nampak balak hensem, dia makan nasik lemak mak lemah tepi jalan tu, dan bermacam2 lagi la..aku taknak buat mcm tu sebab dah terlalu banyak dan typical...dan, apa benda tentang diri aku yang aku nakceritakan kat orang?

suddenly aku macam tersedar yang muzik selalu dapat didengari kat telinga nih...kalau bukan aku sendiri pon yang mendengar muzik, jiran sebelah umah mendengar muzik, dum dam dum dam, di kedai2, di warung2, di shopping complex, di pejabat2, x boleh kalau xdak muzik...aku sendiri jugak, balik keja, masuk bilik dan benda pertama yang aku capai adalah mp3 aku yang disambungkan ke speaker cabuk aku...

aku meminati muzik, sapa2 pon suka kan? cuma yang spoiled kat cini adalah aku x pandai main alat muzik, setakat gitar goreng2 centu ja, tu pon hangus atau x masak...sebenarnya ada minat mendalam nak main gitar, maksud aku, main yang betul2, taw serba-serbi bout instrument, gadget2 gitar ni bagai, cuma xdak pendedahan dan minat kawan2 rapat x ke arah itu...

k sambung pasal blog aku, aku decide nak menulis tentang muzik, aku mulakan entry dengan muzik2 yang aku minat, genre2 yang mcmna aku minat...sebenaqnya bukan nak syok sendiri, aku nak jugak taw ramai ke tak yang meminati genre muzik sealiran dengan aku?sebab dari situ aku dapat berkongsi minat yang sama dengan kawan2...

sebenarnya aku agak down sikit sebab dapat kritikan yang mengatakan aku menulis tah hapa2...x sepatutnya aku berasa down kan? banyak benda yang aku boleh blajar sebenarnya dan kritikan2 ni seharusnya dpt memberi semangat kat aku ye tak?haaaa...sat kedah sat key-ell aku nih...hahahaha...~

panjang pulak aku membebel, dah macam karangan budak sekolah menengah dah ghupenyerr..dah macam meraih simpati tapi tak penah ada niat sebegitu ok...kalau ada kawan2 dapat bagi tips2 yang berguna utk aku menulis tentang muzik, aku sentiasa menerima dengan hati yang terbuka, maih laaaa aku ok ja....memang sangat di alu2kan..sesuatu yang baik tak salah untuk dikongsi bersama kan..?

aku harap dapat buat entry yang lebih menarik di masa2 akan datang, aku taknak jadi pengkritik muzik, sebab sangat tidak layak, tapi kalau hanya sekadar memberi pendapat, insyaAllah teguran dan pendapat terhadap seseorang artis atau genre yang dibawa akan aku bagi ngan penuh ikhlas...:)

berhenti di sini dulu, luahan hati la pulakkkk kahkahkah...muzik x salah dijadikan perkara sampingan dalam hidup asalkan tuan empunya diri pandai menjaga dirinya sendiri agar x tersesat dan kewajipan dan tanggungjawab yang lebih penting tak diabaikan...wassalam....:)

Monday, February 27, 2012

Can't Wait

Single2 dah kluar....bila nak kuar album tah....


Monster, Renegade, In The Mourning & Hello Cold World...<3 memang totally awesome, x sabar aku nak dapatkan album ke-4 Paramore..CAN'T WAIT!!!!!!!hehehe....


L-R : TAYLOR YORK, HAYLEY WILLIAMS & JEREMY DAVIS

AND i can't wait jugak kalau Paramore akan senaraikan Malaysia sebagai salah satu destinasi persinggahan utk TOUR 2012 mereka sbb kali ni memang aku akan pi walau macamana pon hehehe..peminat tegar la katakannnn.....hmm....x penah tgk persembahan live mereka depan mata sendiri, asyik tgk video ja feel tak mari.....bukan nak duniawi sangat...cuma minat...kan?x salahhh...Please Paramore, COME TO MALAYSIA..!!!!!AGAIN...:p

HAYLEY ON STAGE...

P/S : mood Paramore datang sbb tgh tgk video live performance mereka....:-x


Wednesday, January 18, 2012

Top 20 Female Fronted Band

check this out...my top 20 favourite female fronted bands....

01.Paramore
02.Tonight Alive
03.The Material
04.Automatic Loveletter
05.Eisley
06.Flyleaf
07.Eyes Set To Kill
08.The Hush Sound
09.Hey Monday
10.Darling Parade
11.Evanescence
12.Epica
13.Nightwish
14.Fireflight
15.Sirenia
16.Renfue
17.Kenotia
18.Versaemerge
19.The Pretty Reckless
20.We Are In The Crowd

Paramore

Tonight Alive

The Material

Eisley

Automatic Loveletter

The Hush Sound

Kenotia

Darling Parade

Tuesday, January 10, 2012

Tonight Alive

Hye semua..sunyi betol belog aku ni huhuhu..tp x apa lah...mula dari bawah...tah x ada org yang suka belog nih, x pun aku masih belom jumpa followers yang sealiran..maybe kot?hehehe..

k, biarkan yang tu dulu...hari nih nak sentuh sikit tentang band baru (x la baru sangat, sbb aku baru taw pasal band nih) yang digelar Tonight Alive, sebuah band punk pop 5-piece yang dianggotai oleh Jenna McDougall selaku front-woman a.k.a vokalis, Matty Best selaku pemain dram, Whakaio Taahi (gitaris,vokal), Cameron Adler (Bassist) dan Jake Hardy (gitaris). Band yang berasal dari Sydney, Australia nih ditubuhkan pada tahun 2008 (agak baru kan).

2010

Mereka menghaslkan EP pertama mereka pada tahun 2010 yang diberi judul All Shapes And Disguises diikuti Consider This dengan 3 lagu baru...Debut Album mereka telah pun dihasilkan dan dirilis di Australia pada 14 Oktober yang lepas dan dijangka dirilis pula di US pada bulan Februari tahun ini. Album ini mengandungi 14 buah lagu dan 3 single telah dikeluarkan antaranya "Breaking And Entering", "Starlight" dan single hit "Let It Land".

Debut Album

EP's (Consider This dan All Shapes And Disguises)


Kenapa Tonight Alive pada entry kali ni ya? Ini disebabkan aku dah mula jatuh cinta dengan band ni selepas mendengar lagu Little Lion Man dari band Mumford & Sons yang dinyanyikan semula dalam album Punk Goes Pop 4..memang fresh, band nih agak laju riff gitar mereka berbanding Paramore. Adakah mereka boleh menyaingi dan boleh menjadi sehebat Paramore?
tahun 2012 mungkin boleh menjanjikan sesuatu yang hebat untuk mereka. Mungkin....Siapa tahu, kan?






Sesuai Untuk Peminat : Paramore, Hey Monday, Automatic Loveletter.

Monday, January 9, 2012

THUMBS UP!!

Applause!applause! thumbs up utk album punk goes pop volume 4 (PGP4)....aku nak ulas sikit ttg PGP4 nih...

1st of all, band kegemaran aku dalam album nih adalah band Tonight Alive yang menyanyikan lagu Little Lion Man yang dipopularkan oleh band british folk band Mumford & Sons. Vokal Jenna yang mantap, arrangment music yang best, apa lagi nak kata...memang layan habis laa...no.1 dan 10bintang aku bagi.


Tonight Alive

Bagi band Woe, Is Me pulak, padat dan mantap, habis porak peranda lagu Katy Perry, Last Friday Night (T.G.I.F), antara lagu fevret dalam album ni..9 bintang.

Band2 post-harcore/screamo menjadikan lagu2 pop yang hit di radio ini kedengaran lebih sedap bagi aku..For All Those Sleeping (You Belong With Me 'Taylor Swift'), I See Stars (Till The World Ends 'Britney'), Chunk! No Captain Chunk (We R Who We R 'Kesha'), Sleeping With Sirens (F**k You 'Cee Lo Green'), A Skylit Drive (Love The Way You Lie 'Eminem/Rihanna') memang x menghampakan, cuma Silverstein (Runaway 'Kenya West' ) agak kurang menyengat tapi still leh layan laa....

Sleeping With Sirens

Band2 'lembut' pulak bagi aku agak kurang mantap kecuali Pierce The Veil (Just The Way You Are 'Bruno Mars') dan Go Radio (Rolling In The Deep 'Adele'). Mereka bawakan lagu2 ni dengan agak baik sekali.

Band2 seperti Allstars Weekend (Yeah3x 'Chris Brown'), The Ready Set (Roll Up 'Wiz Khalifa') dan The Downtown Fiction (Super Bass 'Nicki Minaj') pulak kelihatan seperti nak jadi lebih pop daripada lagu2 artis pop yang mereka pilih untuk di'cover'kan....

Pierce The Veil

so kesimpulannya, daripada 13 buah lagu, hanya 4 yang kurang mendapat perhatian aku...ini bermakna album ini masih ada kekuatannya lah sebab lagu2 selebihnya memang aku suka...dan aku dengar berulang kali..

aku bkn lah pengkritik hebat, dan pengulas album yang bagus, kalau setakat untuk kepuasan hati sendiri, memadai lah kot, dan maybe ada jugak pendengar2 lain ada yang setuju dengan ulasan aku, yang mana sedap, yang mana agak kurang..kan?

ok setakat ni dulu,,jumpa lagi...~

Thursday, January 5, 2012

Punk Goes Pop 4

Salam guys, it's time for punk goes pop 4 pulak...apa pandangan anda tentang lagu2 pop yang telah diporak-perandakan oleh band2 kali ni?ada yang kata volume 2 paling best....mcmna dgn volume 4 ni?

aku x dengar abis lagi..jadi tunggu entry akan datang utk ulasan aku secara peribadi ttg volume 4 kali nih k...

ni senarai artis dan lagu2nya :


* album ni released november lepas kan?baru lagi..heheeh~
okeng layan.....~

Sunday, January 1, 2012

Malaysia Jugak Ada Musician Yang Hebat.....


Salam....aku ada selak2 youtube sebentar ja td....biasa la kan bosan2..search beberapa band tempatan..nak intai2 perkembangan band2 indie kita...ya la, xkan nk search boboy pulak..hehe..so rasanya x salah aku nak promote kepada pendengar2 baru macam aku..pada yang dah lama taw kewujudan dan kehebatan band2 yang akan aku sebutkan ni, harap dapat banyak tunjuk ajar dan suggest la lagi kat aku band2 yang ada potensi yang besar....

Massacre Conspiracy

The Padangs

oke..antara band yang membuatkan aku berasa sangat2 kagum dan mula terfikir anak2 muda kita skang miliki bakat yang hebat...adalah...Massacre Conspiracy, The Padangs, dan Maddthelin...Daarchlea jugak x kurang hebatnya....yang lain aku pasti ada lagi yang permainan mereka bagi aku setaraf international, maybe aku ja yang lambat tangkap...aku akan cuba search n keep searching band2 yang seangkatan 4 band yang disebut td utk aku dengar dan hayati....

Maddthelin

Daarchlea



k lah...ada keja lagi nak buat nih..ciow dulu..

p/s : listening to "the best for me to say" by Maddthelin....