Sunday, March 18, 2012

This Is Me...(entry tanpa sekeping gambar pun):)

Assalamualikum n Salam Sejahtera guys..ditujukan kepada yang sudi view n baca blog aku sahaja salam itu..:)

beberapa perkara bermain kat minda aku sebenarnya, antaranya, korang mesti ckp...
1)"ape tah dia nih, menulis tah hapa2"...
2)"nak menulis ke xnak dia nih?lame2 skali baru masok entry"...
3)"xde idea dah mamat nih....."

hehe..tah la, adakah aku berfikiran -ve...?sebenarnya, aku menulis blog sebab aku nak menulis blog, bukan nak menjadi seperti orang lain nak being famous kerana blog2 mereka, masa aku mula2 create blog, masa tu dapat sokongan dan feedback yg bagus dari sorang "awek merangkap kwn baik" laa kahkahkah (bajettttt)...pastu tu aku terus mula minat nak menulis, tapi taktau plak nak create blog tentang apa...aku tanya pada diri aku, apa aku nak buat? aku refer blog orang lain...kebanyakan crita pasal diri sendiri...hari ni dia makan biskut meri, dia berjalan2 tepi pantai nampak balak hensem, dia makan nasik lemak mak lemah tepi jalan tu, dan bermacam2 lagi la..aku taknak buat mcm tu sebab dah terlalu banyak dan typical...dan, apa benda tentang diri aku yang aku nakceritakan kat orang?

suddenly aku macam tersedar yang muzik selalu dapat didengari kat telinga nih...kalau bukan aku sendiri pon yang mendengar muzik, jiran sebelah umah mendengar muzik, dum dam dum dam, di kedai2, di warung2, di shopping complex, di pejabat2, x boleh kalau xdak muzik...aku sendiri jugak, balik keja, masuk bilik dan benda pertama yang aku capai adalah mp3 aku yang disambungkan ke speaker cabuk aku...

aku meminati muzik, sapa2 pon suka kan? cuma yang spoiled kat cini adalah aku x pandai main alat muzik, setakat gitar goreng2 centu ja, tu pon hangus atau x masak...sebenarnya ada minat mendalam nak main gitar, maksud aku, main yang betul2, taw serba-serbi bout instrument, gadget2 gitar ni bagai, cuma xdak pendedahan dan minat kawan2 rapat x ke arah itu...

k sambung pasal blog aku, aku decide nak menulis tentang muzik, aku mulakan entry dengan muzik2 yang aku minat, genre2 yang mcmna aku minat...sebenaqnya bukan nak syok sendiri, aku nak jugak taw ramai ke tak yang meminati genre muzik sealiran dengan aku?sebab dari situ aku dapat berkongsi minat yang sama dengan kawan2...

sebenarnya aku agak down sikit sebab dapat kritikan yang mengatakan aku menulis tah hapa2...x sepatutnya aku berasa down kan? banyak benda yang aku boleh blajar sebenarnya dan kritikan2 ni seharusnya dpt memberi semangat kat aku ye tak?haaaa...sat kedah sat key-ell aku nih...hahahaha...~

panjang pulak aku membebel, dah macam karangan budak sekolah menengah dah ghupenyerr..dah macam meraih simpati tapi tak penah ada niat sebegitu ok...kalau ada kawan2 dapat bagi tips2 yang berguna utk aku menulis tentang muzik, aku sentiasa menerima dengan hati yang terbuka, maih laaaa aku ok ja....memang sangat di alu2kan..sesuatu yang baik tak salah untuk dikongsi bersama kan..?

aku harap dapat buat entry yang lebih menarik di masa2 akan datang, aku taknak jadi pengkritik muzik, sebab sangat tidak layak, tapi kalau hanya sekadar memberi pendapat, insyaAllah teguran dan pendapat terhadap seseorang artis atau genre yang dibawa akan aku bagi ngan penuh ikhlas...:)

berhenti di sini dulu, luahan hati la pulakkkk kahkahkah...muzik x salah dijadikan perkara sampingan dalam hidup asalkan tuan empunya diri pandai menjaga dirinya sendiri agar x tersesat dan kewajipan dan tanggungjawab yang lebih penting tak diabaikan...wassalam....:)