Saturday, December 31, 2011

2012..!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..kita betemu kembali dalam rancangannnn muzikku muzikmu hahaha..mcm talk show pulak....haahah...oke2...2011 dah berlalu..hmm, byk kenangan manis, pahit, masam manis semua adaaa....tp xmau crita kenangan2 yang dah berlalu tu...nak crita peristiwa2 yang akan datang dalam tahun 2012 ni dan peristiwa2 yang diinginkan..heehe...dan disebabkan blog ini dicipta khas hanya untuk bercerita tentang muzik, jadi aku nak mulakan dengan persembahan live dari band Punk-Pop-Rock yang berasal dari Kanada, Simple Plan akan mengadakan konsert mereka di Kuala Lumpur...yeahhh!!!permulaan 2012 yang bagus....14 Januari ni bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail..maybe aku akan menghadirkan diri kot....tgk lah kalau takda aral melintang hehehehe....

SIMPLE PLAN


Simple Plan antara band terawal aku minati sejak zaman sekolah menengah lah..thats y, bagi aku, tidak lah rugi utk aku p tgk konsert diorang, ini disebabkan, aku dah kurang dengar lagu2 diorang selepas album Still Not Getting Any.....byk single2 baru dari album seterusnya (Simple Plan, 2008) aku x berapa nak tau..cuma single2 hit yang kuar radio saja aku dengar....beberapa single dari album baru diorang Get Your Heart On! aku dah dengar, aku suka terutama sekali lagu You Suck At Love dan Astronaut...harap lagu ni akan dimainkan pada konsert tu nanti sbb memang best...

oke..pada 2010 dan 2011 yang lepas beberapa band yang aku minat sempat singgah ke Malaysia tanah tumpahnya darahku ini even tour schedule band2 ini yang kita sedia maklum tersangatlah padat...dan amatlah dukacitanya sbb x dapat pegi...antaranya, band favorite aku Paramore yang datang pada 19 Oktober 2010 kalau x silap aku...rugi rasanya sbb kerja tyme tuh..haduhhhhh.. xpa, aku harap, Paramore akan datang lagi tahun ni..begitu jugak band Eyes Set To Kill Dan Alesana, x dpat jugak pegi sebab ada komitmen lain....antara band2 yang aku harap akan beraksi di Kuala Lumpur tahun nih adalah Panic! At The Disco dan seangkatan haahaa...

Panic! At The Disco yang kini hanya berdua (Spencer Smith & Brendon Urie)

Dan untuk 2012 ni adakah akan muncul band baru dan sekaligus akan tercetusnya fenomena baru?harapnya ada lah kan...sebab dari pemerhatian aku K-Pop skang nih sedang digilai budak2 skang..hahhaa...band2 indie perlu hasilkan lagi material2 yang bagus dan berkualiti untuk naikkan balik scene muzik indie macam sebelum nih....

tutup kalendar 2011, ucapkan selamat datang pada 2012...!!!!c yaaa...!!!

Wednesday, December 28, 2011

Artiste of The Year - Woe, Is Me..(sendiri bagi title nih..)

If Not, For Ourselve

I think you've just about lost, your sense of self,
Your foundations are crumbling down

I told you so, told you so
Don't be the one to say you know what's right
I told you so, told you so
Don't be the one to say you know my heart
Don't be torn from your roots, you won't live in this pursuit
You won't survive above this ground,
It won't be long until you're home bound

Stop pretending
Drawing the lines you're not concerned about me,
I'm losing confidence, why do you show no mercy [2x]

These branches are burning, these branches won't pull me down,
Back to the ground, where I am standing, safe and sound

Who are you, to tell us who we are
Who are you, you're a fiend, you're a liar,
And I will summon the hands of a fighter,
And you will know, who we are [4x]

You say you know who I am, you'll only bring me down,
You'll only bring me down, you left me cold at home,
To fight the foundation and the walls are crumbling down [2x]



Thursday, December 22, 2011

TOP 30 CHART (SEPANJANG TAHUN 2011)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA...aku nak stop kejap crita Paramore utk entry kali nih..tahun 2011 dah nak melabuhkan tirainya..disebabkan blog aku nih lebih kepada muzik, jadi, aku nak senaraikan top 30 band yang aku suka mengikut undian markah yang semuanya dari aku sendiri hahahha.....carta ni aku amek kira dari performance, album, demo or ep yang mereka hasilkan pada tahun 2011 ni k..n 1 more thing, ini carta peribadi bkn carta hati nyanyian najwa latif ha...:p ayuh bersama kita tgk....

1. Woe, Is Me
2. Paramore
3. Bring Me The Horizon
4. Panic! At The Disco
5. Asking Alexandria
6. Eisley
7. You Me At Six
8. Sleeping With Sirens
9. Attack! Attack!
10. Bullet For My Valentine
11. Eyes Set To Kill
12. We Came As Romans
13. The Word Alive
14. Architects
15. There For Tomorow
16. Escape The Fate
17. Yellowcard
18. Massacre Conspiracy
19. Bunkface
20. Blessthefall
21. I See Stars
22. A Skylit Dive
23. 30 Seconds To Mars
24. Flyleaf
25. Emarosa
26. A Rocket To The Moon
27. Alesana
28. Hujan
29. Gym Class Heroes
30. Falling In Reverse

p/s : perlu dibanggakan sbb ada band Malaysia yang aku senaraikan dan ketiga-tiga band nih bagi aku mmg luarbiasa pencapaian mereka....sbb tu aku masukkan jugak...hope u guys enjoy k...SELAMAT DATANG 2012~

[&] The Story Goes.....

Salam...bertemu kembali....xnak mukadimah dah, kita terus dengan kisah Paramore keyh...hehe...

...cont.

Fueled By Ramen [FBR], sebenarnya adalah sebuah label yang memang menjadi pilihan Paramore tatkala mereka telah pun mula merakamkan beberapa buah lagu dan sememangnya FBR bagi mereka adalah label yang tepat untuk mempromosikan muzik mereka. Ini kerana, band kesayangan mereka Jimmy Eat World juga pernah bernaung di bawah label indipendent ini pada ketika itu. Mereka menghasilkan sebuah Demo dan menghantarnya ke FBR dan mereka sememangnya bertuah kerana CEO John Janick amat tertarik dengan muzik yang mereka hasilkan. Pada tahun 2005, Paramore secara rasminya menyertai FBR dan merancang untuk menerbitkan sebuah album pada tahun itu juga lalu terbitlah buah tangan pertama mereka iaitu 'All We Know Is Falling'.


ketika bersama Hunter Lamb dan Jason Bynum.

Tetapi mereka menerima berita yang tidak menggembirakan dimana Jeremy membuat keputusan untuk menarik diri atas sebab2 peribadi. Dengan tindakan Jeremy itu jugak, album All We Know Is Faling ini dijadikan tribute dan sebuah lagu bertajuk All We Know didedikasikan istimewa utk beliau. Dan sebab itu jugak kita boleh tgk foto2 promosi band mereka tanpa kelibat Jeremy. Mereka meneruskan perjuangan mereka mempromosikan album yang berkonsepkan emo/pop-punk ini dengan Tour. Hasil kerja keras mereka sehingga dapat berada di pentas besar seperti Shira Girl dan juga Volcom serta Hurley Stages telah menemukan mereka kembali dengan Jeremy yang pada ketika itu membuat keputusan untuk kembali menjadi sebahagian daripada Paramore. Oleh kerana mereka tidak mahu terlalu bergantung kepada media mainstream, mereka berusaha mengumpul peminat mereka sendiri melalui tour2 (persembahan live) dan mengadakan tour headline sendiri di tanah air mereka pada sekitar tahun 2006. "Band Baru Terbaik", pengiktirafan yang diterima mereka oleh majalah Kerrang! telah menaikkan lagi semangat mereka untuk menghasilkan lebih banyak material. Di samping mengadakan tour untuk album pertama mereka itu, mereka mula mengumpul material2 baru untuk dimuatkan dalam album mereka yang seterusnya.


album RIOT!


dari kiri Jeremy, Josh, Hayley dan Zac.


Pada tahun 2007, album kedua mereka yang diberi judul Riot! dihasilkan dan setelah diriliskan, album ini bagaikan satu fenomena apabila dengan pantas nama mereka merebak ke seluruh dunia termasuk di negara kita dan album ini menduduki tangga ke-20 dalam carta Billboard dimana rilisan kedua mereka ini terjual sebanyak 40,000 unit pada minggu pertama album ini diriliskan di negara mereka. Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh sebuah band. Boleh dikatakan album RIOT! ini juga banyak memberi perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka mula diberi perhatian oleh media mainstream. Single2 dari rilisan ini serta video muzik mereka kerap kali diputarkan di radio dan MTV. Hayley Williams, frontwoman mereka mula mendapat perhatian kerana vokalnya yang mantap serta imejnya yang trendy sekaligus memberi bayangan bahawa Hayley adalah Gwen Stefani [No Doubt] yang baru.

Oleh kerana media terlalu menumpukan Hayley seorang, band ini yang dilihat sangat kukuh akhirnya goyang tatkala mereka sedang mula mencipta gemilang melalui album yang diberi nama Riot ini dan sememangnya album ini memberi "riot" yang sebenar kepada Paramore, berlaku perselisihan faham antara anggota Paramore yang lain dengan gitaris utama mereka Josh Farro. Josh mendakwa media terlalu banyak memberi perhatian kepada Hayley seakan-akan anggota yang lain tidak wujud walhal Hayley sendiri sering mengenakan T-Shirt yang tertulis "Paramore is A Band" di beberapa show mereka. Walaubagaimanapun hubungan mereka masih boleh diselamatkan dan mereka masih dapat menghasilkan rilisan terbaru selepas mereka pulang ke kampung halaman mereka di Nashville, Tennessee.

Nak tahu kisah selanjutnya?ikuti entry akan datang...istimewa untuk peminat Paramore...!!!bye..





Wednesday, December 21, 2011

Percubaan yang ke-tah brapa kali utk menghidupkan kembali blog..(title yang agak panjang ala2 title lagu MCR)

PARAMORE

ASSALAMUALAIKUM semuaa.....
waaaaahhhhhh....lama sungguh ooo aku x update...bizi...selain malas nk buka blog....actualy,aku mmg nk sgt aktif dgn blog, tp byk plak kekangan, insyaAllah, harap2 lepas ni bleh trOs update la kot nOooohhh.....

Well, seperti yang dijanjikan, entry yang lepas (yang tah bila aku bwat), aku nak cerita sikit tentang band kegilaan aku yaitu Paramore, macamna band ni ditubuhkan, detail tentang diorang, pendapat aku secara peribadi tentang kehebatan mereka (...cewah) & juga tentang keputusan pengunduran dua ahli yang bleh dikatakan nadi band ni jugak la....Seperti kebanyakan band -band yang penah berpecah dan kembali bersatu, secara peribadi dan maybe jugak harapan peminat mereka yang lain, Paramore jugak akan melakukan perkara yang sama...sebenarnya aku x faham kenapa Josh buat keputusan utk keluar dari band dan mempengaruhi adiknya Zac utk ikut jejak dia, padahal bagi aku, Paramore dah cukup berjaya dan mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia...kan? ok, tinggal dulu pasal tu...

Paramore, sebuah band yang ditubuhkan pada tahun 2004, merupakan artis di bawah naungan label indiependent Fueled By Ramen yang bleh dikatakan label yang telah melahirkan banyak band dan band-band tersebut membawa banyak kejayaan dan pengaruh di seluruh dunia, Sapa x kenal Fall Out Boy? Panic! At The Disco? The Academy Is...? Gym Class Heroes? A Rocket To The Moon? The Hush Sound? kalau x kenal x tau lah nak ckp cmna..heheh...

Semuanya bermula bila dua sahabat baik, Hayley Nichole Williams dan Jeremy Clayton Davis yang berasal dari Franklin, Tennessee mempunyai minat yang mendalam terhadap Muzik dan menubuhkan sebuah band yang diberi nama The Factory Band (Factory). Mereka pada ketika itu hanya bermain di majlis-majlis kecil spt majlis perkahwinan dan majlis reunion sekolah. Mungkin disebabkan Hayley yang pada ketika itu masih bersekolah dan jugak atas faktor kepenatan kerana mereka banyak bermain set marathon di merata-rata, Factory dibubarkan tetapi tidak lama sehinggalah mereka bertemu dengan adik-beradik Farro, Joshua Neil Farro dan Zachary Wayne Farro (Zac pada masa tu baru berusia 12 tahun dan telah menunjukkan skil bermain dram yang mantap). Mereka tidak mengambil masa yang lama utk membentuk sebuah band disebabkan masing-masing menunjukkan keserasian setelah banyak menghabiskan masa berjamming bersama dan secara rasminya pada tahun 2004, Paramore ditubuhkan.

Mereka bergerak secara indipendent, cara yang agak old-school utk mempromosikan muzik mereka dengan menaiki sebuah van ke sirkit2 gig di sekitar pekan2 kecil Amerika. Sangat cool kan? tanpa bantuan internet, mereka mengambil inisiatif seperti ini utk memperkenalkan muzik mereka kepada umum...dan cara mereka ini membuahkan hasil apabila mereka mendapat peluang yang diidamkan oleh setiap band iaitu bermain di slot di luar Tennessee dan kali ini lebih besar sirkitnya iaitu di festival muzik Purple Door dan Warped Tour.

haaaa....aku nak stop dulu utk setakat ni, dh lewat malam, mata pon dah nantok, kita ikuti perjalanan mereka di entry akan datang ya.....heheehe...baru syok mcmni....c ya....!!