Wednesday, December 21, 2011

Percubaan yang ke-tah brapa kali utk menghidupkan kembali blog..(title yang agak panjang ala2 title lagu MCR)

PARAMORE

ASSALAMUALAIKUM semuaa.....
waaaaahhhhhh....lama sungguh ooo aku x update...bizi...selain malas nk buka blog....actualy,aku mmg nk sgt aktif dgn blog, tp byk plak kekangan, insyaAllah, harap2 lepas ni bleh trOs update la kot nOooohhh.....

Well, seperti yang dijanjikan, entry yang lepas (yang tah bila aku bwat), aku nak cerita sikit tentang band kegilaan aku yaitu Paramore, macamna band ni ditubuhkan, detail tentang diorang, pendapat aku secara peribadi tentang kehebatan mereka (...cewah) & juga tentang keputusan pengunduran dua ahli yang bleh dikatakan nadi band ni jugak la....Seperti kebanyakan band -band yang penah berpecah dan kembali bersatu, secara peribadi dan maybe jugak harapan peminat mereka yang lain, Paramore jugak akan melakukan perkara yang sama...sebenarnya aku x faham kenapa Josh buat keputusan utk keluar dari band dan mempengaruhi adiknya Zac utk ikut jejak dia, padahal bagi aku, Paramore dah cukup berjaya dan mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia...kan? ok, tinggal dulu pasal tu...

Paramore, sebuah band yang ditubuhkan pada tahun 2004, merupakan artis di bawah naungan label indiependent Fueled By Ramen yang bleh dikatakan label yang telah melahirkan banyak band dan band-band tersebut membawa banyak kejayaan dan pengaruh di seluruh dunia, Sapa x kenal Fall Out Boy? Panic! At The Disco? The Academy Is...? Gym Class Heroes? A Rocket To The Moon? The Hush Sound? kalau x kenal x tau lah nak ckp cmna..heheh...

Semuanya bermula bila dua sahabat baik, Hayley Nichole Williams dan Jeremy Clayton Davis yang berasal dari Franklin, Tennessee mempunyai minat yang mendalam terhadap Muzik dan menubuhkan sebuah band yang diberi nama The Factory Band (Factory). Mereka pada ketika itu hanya bermain di majlis-majlis kecil spt majlis perkahwinan dan majlis reunion sekolah. Mungkin disebabkan Hayley yang pada ketika itu masih bersekolah dan jugak atas faktor kepenatan kerana mereka banyak bermain set marathon di merata-rata, Factory dibubarkan tetapi tidak lama sehinggalah mereka bertemu dengan adik-beradik Farro, Joshua Neil Farro dan Zachary Wayne Farro (Zac pada masa tu baru berusia 12 tahun dan telah menunjukkan skil bermain dram yang mantap). Mereka tidak mengambil masa yang lama utk membentuk sebuah band disebabkan masing-masing menunjukkan keserasian setelah banyak menghabiskan masa berjamming bersama dan secara rasminya pada tahun 2004, Paramore ditubuhkan.

Mereka bergerak secara indipendent, cara yang agak old-school utk mempromosikan muzik mereka dengan menaiki sebuah van ke sirkit2 gig di sekitar pekan2 kecil Amerika. Sangat cool kan? tanpa bantuan internet, mereka mengambil inisiatif seperti ini utk memperkenalkan muzik mereka kepada umum...dan cara mereka ini membuahkan hasil apabila mereka mendapat peluang yang diidamkan oleh setiap band iaitu bermain di slot di luar Tennessee dan kali ini lebih besar sirkitnya iaitu di festival muzik Purple Door dan Warped Tour.

haaaa....aku nak stop dulu utk setakat ni, dh lewat malam, mata pon dah nantok, kita ikuti perjalanan mereka di entry akan datang ya.....heheehe...baru syok mcmni....c ya....!!


No comments:

Post a Comment